Ahad, 20 Mac 2011

PEMBIAKAN TANAMAN HIASAN

Pembiakan seks
  • Melalui penyemaian biji benih
  • Kelebihan:
    • Murah dan menghasilkan banyak pokok
    • Menyediakan pokok penanti
    • Menghasilkan baka-baka baru
    • Kadangkala terhasil hibrid yang lebih cergas berbanding pokok induk
  • Keburukan :
    • Tidak menurunkan baka yang tulin
    • Terdapat masa rehat (dormancy)
    • Masa yang panjang untuk matang
    • Bermusim

Panduan cara memilih biji benih

  • Bagi pokok semusim, pilih biji benih daripada pokok yang sihat, tidak terlalu besar atau terlalu kecil
  • Buah yang dipetik hendaklah cukup masak
  • Bebas dari penyakit dan perosak
  • Biji benih perlu dikeringkan/disimpan di tempat yang sesuai
  • Bernas

Merawat biji benih

  • Biji benih perlu dirawat terlebih dahulu dengan racun kulat sebelum disemai (mengelakkan penyakit –jenis kulat)
      • Thiram
      • Benlate
      • Copper sulfate (kadar bancuhan 1 gm/liter air)

Medium penyemaian

  • Sabut terproses, vermiculite, perlite, pasir
  • Campuran bahan di atas.
  • Boleh juga gunakan medium 2:1:1 (tanah lom:organik:pasir)

MENYEMAI BIJI BENIH (kaedah ini berbeza sedikit dengan yg dipelajari dalam modul MPV)

  • Langkah penyemaian
    • Sediakan medium pasir sungai ke dalam bekas
    • Siram supaya medium lembap
    • Biji benih halus digaul dengan pasir (1 bhg benih:3 bhg. pasir) - boleh juga 1:5
    • Tabur biji benih di atas permukaan medium
    • Biji benih ditutup dengan satu lapisan medium dan siram semula
    • Bekas ditutup dengan plastik hingga benih bercambah
  • Cara menyemai biji benih halus: tabur terus secara rata atau tabur di dalam alur.

Menyemai biji benih besar

Biji benih disemai ke dalam medium percambahan sedalam 2 kali ganda garis pusat biji benih .

Rawatan percambahan biji benih

  • Pelelasan
    • Biji benih dirawat supaya telap air.
        • Merendam dalam air panas, asid
  • Stratifikasi
    • Proses melembutkan testa
        • Letak biji benih dalam timbunan pasir yang basah pada suhu turun naik
  • Vernalisasi
    • Satu proses yang menyebabkan biji benih mengeluarkan hormon untuk percambahan
        • (letak pada suhu rendah)
  • Pemeraman
    • Merendam biji benih ke dalam air / menyimpan dalam beg plastik dengan tujuan menanggalkan selaput biji benih

Tiada ulasan: