Khamis, 17 Mac 2011

Fahami prinsip reka bentuk landskap

Keseimbangan

· Keseimbangan menghasilkan taman yang harmoni dan berpadu. Keseimbangan adalah asas kepada taman. Ia bukan dimaksudkan sama berat atau sama tengah seperti taman tradisi dan taman formal yang sering kita lihat, tetapi diertikan sebagai keseimbangan dalam alam semula jadi.

· Keseimbangan dari segi istilah taman, boleh diterjemahkan dengan menghargai keindahan itu sendiri berdasarkan apa yang ada dan tiada.

· Secara praktiknya, komposisi taman adalah tidak simetri dan komponen taman yang bernombor ganjil dalam sesuatu kumpulan lebih diminati.


Kesatuan

· Kesatuan menjadi ciri gabungan lengkap kepada elemen berbentuk hiasan dan penanaman pokok dalam taman seperti gabungan cerah dan gelap, tekstur kasar dan halus.

· Setiap satunya berlawanan antara satu sama lain, tetapi mencapai keharmonian dan kesepaduan bila diseimbangkan walaupun tidak simetri.

Bingkai

· Prinsip bingkai membabitkan kesan kurungan atau pagar.

· Ia adalah proses pemilihan elemen sedia ada atau tambahan elemen baru kepada taman untuk menghasilkan kesan perlindungan.

· Pagar ini akan meliputi ruang taman dan menghasilkan keselesaan ketika berada di dalamnya. Ia dapat mewujudkan mood tertentu kepada taman tanpa perlu mengabaikan ‘privacy’.

Kejutan

· Prinsip kejutan dalam taman merangsang pemikiran dan khayalan. Pokok ditanam untuk melindungi di belakangnya dan ini mendorong seseorang itu terus berjalan ke depan untuk mengetahui apa di sebaliknya.

· Perjalanan ketika menghampiri suatu objek dan pokok yang dihubungkan antara satu sama lain memberikan kesan tambahan kepada keseluruhan taman.

· Ia membantu kita potensi sebenar sesuatu pemandangan yang sedang dilihat. Kebiasaannya, laluan bersimpang siur atau berkeluk-keluk digunakan dalam reka bentuk landskap bagi menyerlahkan prinsip kejutan.

Tiada ulasan: