Isnin, 16 November 2009

gambar hari keluarga 14 nov. 2009

HARI KELUARGA LANDSKAP 2009



Alhamdulillah, majlis tahunan ini telah berjaya dijalankan dengan meriah.
Terima kasih atas segala kerjasama semua pihak.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis.
1. Semasa rewang di rumah cikgu taslim - aktiviti membasuh ayam.

2. Emmm... sedapnya.

SPM 2009

Kepada semua pelajar SMKSS khasnya kepada pelajar-pelajar MPV Landskap yang bakal menduduki peperiksaan bermula 18 Nov. ini, diucapkan selamat berjaya.

Jaga kesihatan dan berusahalah selagi ada masa. Panjatkan doa dan mohon restu ibu bapa.

Good Luck!!

Ahad, 27 September 2009

video senaman pagi

video kem

KEMBALI DI BULAN SYAWAL

Salam Lebaran.Selamat hari raya Aidil Fitri. Walaupun sudah seminggu kita menyambut hari raya, namun budaya kunjung mengunjung terus dipraktiskan. Ingatlah, semasa berkunjung dan berziarah, sentiasa ikhlaskan diri semata-mata kerana untuk merapatkan ukhuwah dan silaturrahim. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati program ziarah anda.

Mohon berbanyak kemaaafan kerana terlalu lama tidak mengemaskini blog ini.

1. Reunion telah berlangsung dengan jayanya pada tarikh yang ditetapkan.

2. Pada 19 dan 20 Ogos yang lalu, seramai 79 pelajar MPV (Landskap + Katering), tingkatan 5 dan 4 telah menjalani Kem motivasi kendiri di Country Resort Ayer keroh, Melaka. Syukur, program berjalan lancar. Harap-harap, segala ilmu, kemahiran dan motivasi yang tercetus dapat diteruskan.

A. Berkawad dalam air?















B. Yang berat sama dipikul.

Selasa, 2 Jun 2009

Reunion MPV

Insya Allah, dah Confirm.... Reunion MPV akan diadakan pada:

20 Jun 2009 (Sabtu)
2.00 - 4.00 petang
di Hotel Residence, UNITEN, Bangi.

Bayaran : RM 45.00 (termasuk hadiah untuk cabutan bertuah)

Sila buat bayaran kepada guru-guru MPV.
Bayar RM20.00 dulu pada/sebelum 10 Jun 2009 dan bakinya pada hari tersebut.

Sehingga kini sudah ada lebih kurang 60 orang yang bakal hadir.

Jumpa anda di sana....

Isnin, 4 Mei 2009

SIREH PULANG KE GAGANG - ALUMNI MPV

Saya dimaklumkan bekas pelajar-pelajar MPV SMKSS (katering dan landskap) sejak 2002 hingga 2008 akan mengadakan pertemuan/majlis ramah mesra tidak lama lagi.

Tarikh cadangan : 13 atau 20 Jun 2009 (Sabtu)
Tempat : Hotel Residence, Uniten, bangi
Masa : 2.00 ptg - 4.00 petang
Yuran : belum dikira. mungkin RM50.00

Aktiviti: Ramah mesra, jamuan, profail dan soal selidik alumni MPV dan cabutan bertuah.

Sila beri maklumbalas kehadiran anda dan jika ada cadangan aktiviti lain.

Jika ada sumbangan hadiah untuk cabutan bertuah, amat dialu-alukan.

Sebar-sebarkan maklumat ini.

Ahad, 22 Mac 2009

DOA

Kenapa kita selalu diminta berdoa? Kerana kita hanyalah hamba-Nya yang lemah dan sentiasa mengharap bantuan daripada ALLAH SWT. Doa adalah senjata kita. Segala yang berlaku adalah atas kehendak Allah. Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar bersunguh-sungguh .. hasilnya kita berserah kepada Allah jua.

Kepada setiap pelajar MPV Landskap ketika di tingkatan 4, saya ajarkan satu doa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Doa ini khusus supaya kita dilindungi daripada keadaan duka dan keluh kesah, dijauhi sifat malas, takut dan bakhil, jauh daripada beban hutang dan juga penindasan orang.

Diharapkan semua pelajar dapat mengamalkan doa ini setiap hari. Fahami maknanya dan bersungguh-sungguh dalam berdoa.

Doa Ketika Dalam Kesempitan
Ertinya: Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada duka dan susah dan berselindung daripada lemah dan malas dan berlindung daripada takut dan bakhil dan berlindung daripada banyak hutang dan penindasan orang.

Isnin, 16 Mac 2009

CUTI


Selamat bercuti!!!

1. Manfaatkan masa dengan perkara yang berfaedah.

2. Jaga diri baik-baik.

3. Tolong mak bapak ye...

Jumaat, 13 Mac 2009

KAK NONI


Bulan ini, kita begitu terasa kehilangan seorang Pembantu Bengkel MPV iaitu Pn. Noniyana bt Abu Bakar atau lebih mesra dipanggil Kak Noni dikalangan pelajar-pelajar.

Beliau telah berpindah ke Kementerian Pelajaran di Putra jaya.

Semoga belaiu lebih maju jaya dan bergembira.

SYABAS DAN TAHNIAH!!!


Keputusan SPM 2008 telahpun diperolehi semalam. Saya mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS kepada semua calon yang memperolehi keputusan yang baik.

Tahun 2008 mencatatkan keputusan yang paling baik sepanjang 2002-2008 MPV Landskap dan Nurseri dijalankan di SMKSS. Seramai sebelas (11) orang memperolehi A ( seorang A1 , 10 orang A2) dan lima (5) orang memperolehi B3.

Tahniah juga kepada guru yang telah mengajar pelajar-pelajar tersebut iaitu Pn. Norimah Marzuki.

Sesungguhnya kita sebagai manusia hanya mampu berusaha , berikhtiar dan bertawakal. Hasil yang diperolehi atas usaha kita terserah kepada ALLAH SWT.

Kepada yang telah mendapat A, jangan lupa untuk membuat sujud syukur.

Ini bukan penamat tetapi adalah salah satu permulaan kepada perjalanan yang baik dan lebih mencabar.

Rabu, 25 Februari 2009

NAMA




Apa ada pada nama? kenapa kena jaga nama?

Setiap kita ada nama. Ada nama khas , nama am , nama panggilan dan nama manja. tetapi kadang-kadang kita terlupa bahawa kita hidup didunia ini mempunyai perkaitan dan membawa nama orang lain.

Maksud saya, setiap individu tidak wujud sebagai entiti tersendiri. Sebab itulah selalu kita dipesan supaya JAGA NAMA BAIK...

Contoh: AHMAD tidak hanya membawa namanya kemana-mana sebab orang lain tidak mengenalinya hanya dengan nama itu. Banyak nama akan berkait...
seperti:
anak siapa tu? budak sekolah mana tu? budak area mana tu? budak MPV kan?
orang Islam kan?

Kalau sikap dan sifat yang dibawanya baik, maka nama yang berkait dengannyapun akan baik.Contohnya:

bagus anak si Mat tu. Sejuk mata memandang. bertuah sekolah seri serdang ada budak mcam tu. budak MPV memang baik-baik macam dia. Al-hamdulillah, macam tulah akhlak orang Islam.

TETAPI jika sebaliknya.... fikir-fikirlah sendiri.

Oleh itu, marilah kita jaga diri kita sendiri dan ingat-ingatkan rakan-rakan kita supaya menjaga nama baik komuniti kita.

Rabu, 11 Februari 2009

NAMA BOTANI


Ketika 2003, saya terfikir-fikir bagaimana nak buat supaya pelajar-pelajar boleh ingat nama-nama botani atau saintifik tumbuhan hiasan sehingga kenal betul tumbuhan sekurang-kurangnya 1,2 hingga 20 nama.

Akhirnya saya buat kajian kes / ujikaji.

Kaedah: pengulangan.
Setiap pelajar dianugerahkan satu nama botani dan nama biasa sejenis tumbuhan hiasan yang dekat dengan karakter pelajar.Contoh: Arachis pintoi (kacang arachis) diberikan kepada pelajar yang kecil/rendah.tunjukkan sampel tumbuhan dan kedudukannya di sekolah.

Selepas itu, pelajar dikehendaki menghafal nama dia dan nama rakan-rakan.Saya akan menanya pada bila-bila masa. Siapa yang gagal akan menerima hukuman yang setimpal... siapa yang berjaya mengingati akan diberikan ganjaran...

Hasilnya, alhamdulillah!!! semua pelajar boleh mengingat dan mengenali beberapa tumbuhan hiasan dan sekaligus cara penulisan nama tumbuhan mengikut tatacara binomial.

Sehingga kini, setiap pelajar tingkatan 4 akan dianugerahkan nama sepertimana senior2 mereka.

Khamis, 29 Januari 2009

SELAMAT MENJADI AHLI KELUARGA MPV LANDSKAP


Kepada semua pelajar MPV tingkatan 4 yang sudah sebulan bersama kelas Landskap...

1. Sentiasa perbaharui semangat anda.

Biasanya, di awal-awal tahun, anda begitu bersemangat tapi lama kelamaan dah rasa penat dan malas. Oleh itu, jangan lupa baca doa yang telah diajar sebelum memulakan kelas dan disetiap kali lepas sembahyang.
2. Jaga keselamatan diri.

Dalam kesungguhan anda melakukan kerja-kerja amali landskap, kadang-kadang ada pelajar yang terlupa aspek kesihatan dan keselamatan. Oleh itu, sentiasa merujuk kepada guru sebelum menggunakan alatan atau bahan tertentu. Saling ingat-mengingati.
3. Rasa seronok dan sentiasa seronok.

Bagi orang lain, mungkin matapelajaran MPV Landskap ini tidak menyeronokkan sebab... panas, penat dan macam-macam. Tapi, sebagai pelajar landskap, tiada orang yang boleh menyeronokkan anda kecuali DIRI anda sendiri. Jadi, ujalah diri anda supaya rasa seronok dan sentiasa seronok. Supaya dengan itu, apa sahaja kerja amali yang anda lakukan akan mudah difahami dan tidak terasa penatnya.

Dan yang penting... ikhlaskan diri. Niat untuk menuntut ilmu.Mudah-mudahan ALLAH redha dan segala aktiviti kita dinilai sebagai ibadah dan dianugerahi pahala.

Jumaat, 2 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU & KEMBALI BERSEKOLAH

Selamat Tahun baru 2009 dan 1430.
Selamat kembali ke sekolah dengan azam dan
tekad yang baru.

Yang lalu biarlah berlalu.
Tahun ini kita mulakan semangat yang baru supaya lebih bersungguh-sungguh dan lebih berdisiplin.


Cabaran 2009?

1. Keadaan nurseri kita agak kurang selesa dan pemandangan disekelilingnya telah terhalang dengan pagar zink. Ruang kerja makin sempit.Projek pembinaan bangunan baru blok D dan E akan bermula.Sekitarnya telah dipagar.

2. Pastinya bunyi bising semasa pembinaan bangunan tidak dapat dielakkan.

Jadi... Harap beri kerjasama dan bersabarlah.


PESANAN PENTING!!!

HARI ISNIN INI 5 JANUARI 2009, KELAS LANDSKAP TINGKATAN 5 AKAN BERMULA PADA MASA KE-4 HINGGA MASA KE-9 (9.20 - 1.15PTG).