Selasa, 11 November 2008

HARI KELUARGA LN





Alhamdulillah, Hari Keluarga MPV Landskap telah berjaya diadakan pada 9 nov 08 (Ahad) dari jam 8 - 12 tgh hari. Bila saya sampai je, pelajar ting. 4 dah mula menghidupkan api untuk memanggang ayam. Bagusss!!! Sukaneka yang dikendalikan oleh tingkatan 5 pun berjalan lancar. Walaupun basah terkena belon yang pecah tapi yang penting bergembira.Tahniah kepada pemenang.

Tahun ini, lebih ramai alumni yang hadir. Terima kasih kerana sudi datang. syukur....seronok betul mendengar cerita mereka yang terus menyambung pelajaran dan ramai juga yang telah bekerja. Insya Allah, saya akan buatkan maklumat terkini alumni pelajar mpv sejak 2003. Kepada yang tahu maklumat rakan-rakan, sila emel / respon kepada blog ini. Klik saja pada `ulasan' pada setiap akhir artikel yg saya tulis.

Mudah-mudahan majlis Hari Keluarga MPV Landskap ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Tiada ulasan: