Khamis, 17 Mac 2011

SIMENFERO

Setiap tahun, pelajar MPV wajib membuat satu projek simenfero secara individu. Tahun 2011, pelajar Ting. 5 ditugaskan untuk membuat simenfero sebuah bekas tanaman dan tiangnya.

Langkah-langkah menghasilkan projek simenfero:

1. membuat lakaran projek dan dimensinya
2. mengira kos bahan dan menyenarai alatan yang diperlukan


3. membina kerangka menggunakan rod besi,dawai BRC dan dawai mata punai
4. menyedia bancuhan motar (campuran pasir dan simen)
5. melepa motar untuk lapisan pertama. biarkan kering.


6. menyedia motar untuk lapisan seterusnya.
7. melepa motar untuk lapisan kedua.
8. melorek/mengukir corak yang dikehendaki. pelajar tahun ini membuat corak kayu dan batu.
9. biarkan kering. buang sisa motar menggunakan berus dawai.
10. mengecat menggunakan cat emulsi. Lapisan pertama (under coat) menggunakan warna hitam dan putih.
11. selepas cat kering, sapu cat warna coklat, merah dan kuning mengikut kesesuaian projek.
12. selepas cat kering, sapukan bahan pengilat.

ALHAMDULILLAH!!! tahniah, anda telah berjaya.

Tiada ulasan: