Khamis, 29 Januari 2009

SELAMAT MENJADI AHLI KELUARGA MPV LANDSKAP


Kepada semua pelajar MPV tingkatan 4 yang sudah sebulan bersama kelas Landskap...

1. Sentiasa perbaharui semangat anda.

Biasanya, di awal-awal tahun, anda begitu bersemangat tapi lama kelamaan dah rasa penat dan malas. Oleh itu, jangan lupa baca doa yang telah diajar sebelum memulakan kelas dan disetiap kali lepas sembahyang.
2. Jaga keselamatan diri.

Dalam kesungguhan anda melakukan kerja-kerja amali landskap, kadang-kadang ada pelajar yang terlupa aspek kesihatan dan keselamatan. Oleh itu, sentiasa merujuk kepada guru sebelum menggunakan alatan atau bahan tertentu. Saling ingat-mengingati.
3. Rasa seronok dan sentiasa seronok.

Bagi orang lain, mungkin matapelajaran MPV Landskap ini tidak menyeronokkan sebab... panas, penat dan macam-macam. Tapi, sebagai pelajar landskap, tiada orang yang boleh menyeronokkan anda kecuali DIRI anda sendiri. Jadi, ujalah diri anda supaya rasa seronok dan sentiasa seronok. Supaya dengan itu, apa sahaja kerja amali yang anda lakukan akan mudah difahami dan tidak terasa penatnya.

Dan yang penting... ikhlaskan diri. Niat untuk menuntut ilmu.Mudah-mudahan ALLAH redha dan segala aktiviti kita dinilai sebagai ibadah dan dianugerahi pahala.

1 ulasan:

Mohd Faizal Bin Jamaludin berkata...

Tahniah kerana anda berjaya membuat laman web landskap, perbanyakkan gambar-gambar landskap yang menarik untuk tatapan umum....
atau anda boleh mendapat pelbagai info mengenai landskap dalam

Terokai dunia landskap
www.rahsiataman.com
Hasil usaha
Cikgu Faizal
Perak