Khamis, 29 Januari 2009

SELAMAT MENJADI AHLI KELUARGA MPV LANDSKAP


Kepada semua pelajar MPV tingkatan 4 yang sudah sebulan bersama kelas Landskap...

1. Sentiasa perbaharui semangat anda.

Biasanya, di awal-awal tahun, anda begitu bersemangat tapi lama kelamaan dah rasa penat dan malas. Oleh itu, jangan lupa baca doa yang telah diajar sebelum memulakan kelas dan disetiap kali lepas sembahyang.
2. Jaga keselamatan diri.

Dalam kesungguhan anda melakukan kerja-kerja amali landskap, kadang-kadang ada pelajar yang terlupa aspek kesihatan dan keselamatan. Oleh itu, sentiasa merujuk kepada guru sebelum menggunakan alatan atau bahan tertentu. Saling ingat-mengingati.
3. Rasa seronok dan sentiasa seronok.

Bagi orang lain, mungkin matapelajaran MPV Landskap ini tidak menyeronokkan sebab... panas, penat dan macam-macam. Tapi, sebagai pelajar landskap, tiada orang yang boleh menyeronokkan anda kecuali DIRI anda sendiri. Jadi, ujalah diri anda supaya rasa seronok dan sentiasa seronok. Supaya dengan itu, apa sahaja kerja amali yang anda lakukan akan mudah difahami dan tidak terasa penatnya.

Dan yang penting... ikhlaskan diri. Niat untuk menuntut ilmu.Mudah-mudahan ALLAH redha dan segala aktiviti kita dinilai sebagai ibadah dan dianugerahi pahala.

Jumaat, 2 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU & KEMBALI BERSEKOLAH

Selamat Tahun baru 2009 dan 1430.
Selamat kembali ke sekolah dengan azam dan
tekad yang baru.

Yang lalu biarlah berlalu.
Tahun ini kita mulakan semangat yang baru supaya lebih bersungguh-sungguh dan lebih berdisiplin.


Cabaran 2009?

1. Keadaan nurseri kita agak kurang selesa dan pemandangan disekelilingnya telah terhalang dengan pagar zink. Ruang kerja makin sempit.Projek pembinaan bangunan baru blok D dan E akan bermula.Sekitarnya telah dipagar.

2. Pastinya bunyi bising semasa pembinaan bangunan tidak dapat dielakkan.

Jadi... Harap beri kerjasama dan bersabarlah.


PESANAN PENTING!!!

HARI ISNIN INI 5 JANUARI 2009, KELAS LANDSKAP TINGKATAN 5 AKAN BERMULA PADA MASA KE-4 HINGGA MASA KE-9 (9.20 - 1.15PTG).