Selasa, 5 Ogos 2008

Saranan Diri

Beberapa slot tazkirah tentang Saranan Diri telah diadakan semasa P & P dijalankan.

Ingat!!!

Setiap orang Islam adalah bersaudara, so... jaga hati kawan-kawan. DILARANG mengeluarkan kata-kata dan perbuatan yang boleh menyakitkan hati rakan-rakan. Hukumnya... HARAM!!!.
Bila haram, maknanya ALLAH tidak suka/murka. Adakah kita suka dimurkai Allah?

---------

Setiap hari berikan Saranan Diri yang positif kepada diri. Dengan cara itu, anda akan mengaktifkan Minda Bawah Sedar. caranya:

i) Tarik nafas panjang dan perlahan. Senyum, baca Bismillah... dan sebut perlahan-lahan saranan diri yang positif. Contohnya: "Aku bangun pukul 6 pagi esok dan solat subuh". Ulang 3 kali.
ii) Saranan Diri mesti tepat dan ringkas.
iii) Elak guna perkataan AKAN, MENUJU, MUNGKIN, ATAU contohnya : "Aku akan cuba kemaskan bilik aku petang esok.
Elak guna perkatan negatif seperti TIDAK, JANGAN, TAK MAHU dll. contohnya: " Aku tak nak jadi pelajar malas lagi" Tukar kepada : "Mulai hari ini, aku rajin belajar"
iv) Amalkan : bangun tidur dengan senyuman dan sebelum tidur senyum dulu.
v) INGAT!!! Saranan Diri mesti diamalkan sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Paling elok selama 40 hari berturut-turut. Insya Allah, selepas itu, Saranan Diri sudah menjadi TABIAT , SEBATI DALAM DIRI dan menjadi KEBIASAAN.

KESANNYA :

1. Anda sentiasa CERIA, BERFIKIRAN POSITIF dan KREATIF
2. Anda ada ramai kawan, kurang musuh.
3. Masalah boleh diselesaikan dengan segera dan tidak menyusahkan orang lain.
4. Anda mempunyai karisma dan pengaruh yang kuat.
5. Anda mempunyai AURA yang positif dan menyebarkan gelombang yang positif.

# Ingatlah, anda kena berazam sungguh-sungguh untuk menjadi lebih baik daripada hari ini dan semalam. Hidayah dan bantuan Allah SWT akan bersama anda jika ikhlas melakukannya. Lakaukan setiap amalan semata-mata kerana Allah dan untuk mendapat REDHA ALLAH.

Wassalam.

Tiada ulasan: