Isnin, 25 Ogos 2008

selamat kembali bersekolah & selamat menyambut ramadhan


Ahlan Wasahlan wa marhaban Ya Ramadhan....
Tingkatkan penghayatan dan amalan.
Bulan puasa nanti kita akan banyak mengulangkaji dan melihat slaid powerpoint, Insa Allah.

pancuran dah siap


alhamdulillah, pancuran damai dah berjaya disiapkan hari jumaat sebelum cuti tapi ada kebocoran yg belum dpt dikesan. sistem paip masih belum dipasang.Tahniah!!!

Jumaat, 8 Ogos 2008

sambut vip anugerah cemerlang

Esok petang, jam 2.00 diharap semua pemain kompang dah berkumpul di tepi pondok jaga sekolah untuk menyambut VIP Majlis Anugerah Cemerlang ie. Dato Letchumanan S. Raju.
Beri tumpuan kepada Kapten Kompang ya...

lapisan kalis air

Al-hamdulillah, lapisan motar kalis air pada pancuran damai telah selesai dilepa oleh kelas 4 Rajin hari ini. Esok, kita mungkin akan mengecat bahagian luar kolam.

Ariosss!!!

Selasa, 5 Ogos 2008

Foto nurseri


Ini papan tanda Unit Landskap / Nurseri kita pada tahun 2006 - 2007.

Tahun ini ... kita ugrade/tukar lain.
Masih dalam pembinaan.

Tunggu!!!

Saranan Diri

Beberapa slot tazkirah tentang Saranan Diri telah diadakan semasa P & P dijalankan.

Ingat!!!

Setiap orang Islam adalah bersaudara, so... jaga hati kawan-kawan. DILARANG mengeluarkan kata-kata dan perbuatan yang boleh menyakitkan hati rakan-rakan. Hukumnya... HARAM!!!.
Bila haram, maknanya ALLAH tidak suka/murka. Adakah kita suka dimurkai Allah?

---------

Setiap hari berikan Saranan Diri yang positif kepada diri. Dengan cara itu, anda akan mengaktifkan Minda Bawah Sedar. caranya:

i) Tarik nafas panjang dan perlahan. Senyum, baca Bismillah... dan sebut perlahan-lahan saranan diri yang positif. Contohnya: "Aku bangun pukul 6 pagi esok dan solat subuh". Ulang 3 kali.
ii) Saranan Diri mesti tepat dan ringkas.
iii) Elak guna perkataan AKAN, MENUJU, MUNGKIN, ATAU contohnya : "Aku akan cuba kemaskan bilik aku petang esok.
Elak guna perkatan negatif seperti TIDAK, JANGAN, TAK MAHU dll. contohnya: " Aku tak nak jadi pelajar malas lagi" Tukar kepada : "Mulai hari ini, aku rajin belajar"
iv) Amalkan : bangun tidur dengan senyuman dan sebelum tidur senyum dulu.
v) INGAT!!! Saranan Diri mesti diamalkan sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Paling elok selama 40 hari berturut-turut. Insya Allah, selepas itu, Saranan Diri sudah menjadi TABIAT , SEBATI DALAM DIRI dan menjadi KEBIASAAN.

KESANNYA :

1. Anda sentiasa CERIA, BERFIKIRAN POSITIF dan KREATIF
2. Anda ada ramai kawan, kurang musuh.
3. Masalah boleh diselesaikan dengan segera dan tidak menyusahkan orang lain.
4. Anda mempunyai karisma dan pengaruh yang kuat.
5. Anda mempunyai AURA yang positif dan menyebarkan gelombang yang positif.

# Ingatlah, anda kena berazam sungguh-sungguh untuk menjadi lebih baik daripada hari ini dan semalam. Hidayah dan bantuan Allah SWT akan bersama anda jika ikhlas melakukannya. Lakaukan setiap amalan semata-mata kerana Allah dan untuk mendapat REDHA ALLAH.

Wassalam.

bekas simenfero untuk cenderahati

tahniah kepada group Tingkatan 5 yg telah berjaya menyiapkan 3 buah bekas simenfero dan ditanam dengan kaktus pelbagai jenis pagi tadi. Uniknya bekas ini menggunakan mortar sekam padi bakar sebagai menggantikan pasir. Hasilnya, produk menjadi lebih ringan.

Syabas!!!

pancuran damai mpv

syukur, bahagian pagar simenfero di hadapan pintu masuk bengkel/nurseri telahpun siap. Syabas dan tahniah kepada kelas 4 Rajin. Sekarang bahagian kolam dan pancuran akan disiapkan oleh kelas 4 ikhlas. Diharap semua pelajar mpv landskap dapat kemahiran yg diberikan.

Ingat ya, asas simenfero sama sahaja iaitu rangka besi/dawai. Lepas tu lepaan mortar. Kemudian kemasan cat dan pengilat.

Kemahiran melorek dan mengecat tidak dapat dimahiri dalam masa sekejap. Perlu ulangan dan percubaan demi percubaan. Cuba dengan idea baru sebab, simenfero perlukan kreativiti.

Selamat mencuba.