Khamis, 13 November 2008
SELAMAT BERCUTI
Kepada semua pelajar SMKSS terutamanya pelajar MPV, saya ucapkan SELAMAT BERCUTI!!!
ISILAH MASA CUTI INI DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERFAEDAH DAN MENDATANGKAN MANFAAT KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN.
JANGAN SEKALI-KALI MEMBUAT PERKARA YG MENYUSAHKAN DIRI DAN ORANG LAIN TERUTAMANYA IBU BAPA ANDA.
JAGA DIRI BAIK-BAIK, ELAKKAN TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN.
JIKA BEKERJA SAMBILAN, BEKERJALAH DENGAN PENUH DEDIKASI, JUJUR DAN IKHLAS.
JIKA ADA PELUANG, TOLONG IBU BAPA DAN ADIK BERADIK ANDA.
JUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN.... INSYA ALLAH.
Selasa, 11 November 2008
tetamu yang hadir
tetamu berkeluarga yang turut memeriahkan majlis ialah:
Cikgu Zaliha Kalil dan anak-anak (isteri dan anak-anak saya le tu),adik perempuan saya,
Suami, anak- anak dan ibu mertua Cikgu Norimah.
Cikgu Siti Murni, suami dan anak-anak,
Kak Noni , suami dan anak-anak.
terima kasih kerana membantu dan sudi hadir.
HARI KELUARGA LN
Alhamdulillah, Hari Keluarga MPV Landskap telah berjaya diadakan pada 9 nov 08 (Ahad) dari jam 8 - 12 tgh hari. Bila saya sampai je, pelajar ting. 4 dah mula menghidupkan api untuk memanggang ayam. Bagusss!!! Sukaneka yang dikendalikan oleh tingkatan 5 pun berjalan lancar. Walaupun basah terkena belon yang pecah tapi yang penting bergembira.Tahniah kepada pemenang.
Tahun ini, lebih ramai alumni yang hadir. Terima kasih kerana sudi datang. syukur....seronok betul mendengar cerita mereka yang terus menyambung pelajaran dan ramai juga yang telah bekerja. Insya Allah, saya akan buatkan maklumat terkini alumni pelajar mpv sejak 2003. Kepada yang tahu maklumat rakan-rakan, sila emel / respon kepada blog ini. Klik saja pada `ulasan' pada setiap akhir artikel yg saya tulis.
Mudah-mudahan majlis Hari Keluarga MPV Landskap ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
Isnin, 3 November 2008
respon trip ke pangkor
pukul 10 malam tadi saya menerima panggilan drpd Mr. ABU. mengikut maklumat beliau, cuma ada beberapa belas orang sahaja yang boleh ikut serta dalam trip ke pangkor.
nampak gayanya, kita tangguh dulu la ya program ni ke tahun depan...
nampak gayanya, kita tangguh dulu la ya program ni ke tahun depan...
pelancaran kelab tani
memori lawatan ke melaka
Khamis, 30 Oktober 2008
HARI KELUARGA MPV LANDSKAP
Sebagai meneruskan tradisi, kita akan mengadakan Hari Keluarga MPV Landskap pada:
Tarikh : 9 November 2008
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tgh hari.
Lokasi : Unit Landskap SMKSS.
majlis akan dikendalikan oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5.
Semua bekas pelajar MPV landskap 2003- 2007 dijemput hadir.
p/s: ingat2 kembali Hari Keluarga yg lalu...
Rabu, 15 Oktober 2008
REUNION
Khas untuk semua bekas pelajar (alumni) MPV.
Hasil perbincangan bersama alumni MPV 2004, Kita bersetuju untuk mengadakan trip reunion!!!
Tempat : Pulau Pangkor
Tarikh : 3-5 Disember 2008
Hari : (Rabu - Jumaat), bertolak Selasa malam Rabu jam 11.00 mlm.
Bayaran : RM150.00 (termasuk pengangkutan dan penginapan)
Sila respon sebelum 1 November. Saya inginkan jumlah yang nak join (43 org) . Bayaran perlu dijelaskan sebelum 15 November 2008. Jika jumlah tidak menggalakkan, terpaksalah kita CANCEL trip ini.
OK!!!, sebar-sebarkan.
Rabu, 8 Oktober 2008
Selasa, 7 Oktober 2008
ziarah raya
amalan ziarah menziarahi di bulan Syawal ini amat digalakkan untuk merapatkan silaturrahim dan ukhuwah.
pukul 9 mlm - 10.30 mlm tadi saya dikunjungi bekas pelajar-pelajar MPV 2004 seramai 18 orang. meriah sungguh rumah saya dengan gelak tawa mereka. masing-masing dengan cerita tersendiri. ada yang masih belajar. ramai yang dah bekerja.
terima kasih kepada yang masih sudi mengingati dan menziarahi saya sekeluarga. mudah-mudahan anda semua berjaya dalam bidang masing-masing.
maaf, gambar yang ada akan di upload kemudian. ada masalah teknikal sedikit.

Isnin, 22 September 2008
Peperiksaan
Hari ini, pelajar tingkatan 5 MPV telah selesai menduduki pep. percubaan SPM untuk subjek LN 7301/1.
Macam mana? senang tak? Pastinya bahagian A sangat mudah kan?
Untuk pelajar Ting. 4, lepas raya ni dah nak mula untuk pep. akhir tahun. So, jangan terlalu suka berhari raya. Apa yg biasa dilihat, pelajar-pelajar suka benar study di akhir waktu.. pagi2 nak exam baru sibuk tanya buku latihan/buku nota.
hmmm... cukup-cukuplah perangai lama tu. JOM berubah menjadi lebih baik.

Eidul Fitri Menjelang Lagi
Selamat Menyambut Aidil Fitri...
Ramadhan tinggal seminggu. Adakah kita tidak sabar-sabar hendak meninggalkan Ramadhan?
Harap-harap Ramadan yang tinggal ini tidak melalaikan kita dengan kesibukan untuk berhari raya. Kenapa? sebab, Ramadan yang mulia dan penuh dengan kebaikan dan ganjaran melimpah ruah ini tidak pasti akan dapat kita lalui tahun hadapan.
Dan... Kegembiraan menyambut Syawal ini hanyalah layak untuk orang yang benar-benar berpuasa.
Renung-renungkan...

Sabtu, 13 September 2008
majlis berbuka puasa
Al-hamdulillah, petang semalam seramai 15 orang pelajar Tingkatan 4 LN telah bertandang kerumah saya di Taman Pinggiran Putra untuk bersama-sama berbuka puasa. Masing-masing datang dgn membawa juadah masing disamping menu tuan rumah: mee kari.
Majlis diteruskan dengan solat maghrib, isyak dan terawih secara berjamaah. Mudah-mudahan Allah SWT memperkukuhkan tautan kasih ukhuwwah islamiah.
Selamat meneruskan ibadah puasa.
Majlis diteruskan dengan solat maghrib, isyak dan terawih secara berjamaah. Mudah-mudahan Allah SWT memperkukuhkan tautan kasih ukhuwwah islamiah.
Selamat meneruskan ibadah puasa.
Isnin, 25 Ogos 2008
selamat kembali bersekolah & selamat menyambut ramadhan
pancuran dah siap
Jumaat, 8 Ogos 2008
sambut vip anugerah cemerlang
Esok petang, jam 2.00 diharap semua pemain kompang dah berkumpul di tepi pondok jaga sekolah untuk menyambut VIP Majlis Anugerah Cemerlang ie. Dato Letchumanan S. Raju.
Beri tumpuan kepada Kapten Kompang ya...
Beri tumpuan kepada Kapten Kompang ya...
lapisan kalis air
Al-hamdulillah, lapisan motar kalis air pada pancuran damai telah selesai dilepa oleh kelas 4 Rajin hari ini. Esok, kita mungkin akan mengecat bahagian luar kolam.
Ariosss!!!
Ariosss!!!
Selasa, 5 Ogos 2008
Foto nurseri
Saranan Diri
Beberapa slot tazkirah tentang Saranan Diri telah diadakan semasa P & P dijalankan.
Ingat!!!
Setiap orang Islam adalah bersaudara, so... jaga hati kawan-kawan. DILARANG mengeluarkan kata-kata dan perbuatan yang boleh menyakitkan hati rakan-rakan. Hukumnya... HARAM!!!.
Bila haram, maknanya ALLAH tidak suka/murka. Adakah kita suka dimurkai Allah?
---------
Setiap hari berikan Saranan Diri yang positif kepada diri. Dengan cara itu, anda akan mengaktifkan Minda Bawah Sedar. caranya:

i) Tarik nafas panjang dan perlahan. Senyum, baca Bismillah... dan sebut perlahan-lahan saranan diri yang positif. Contohnya: "Aku bangun pukul 6 pagi esok dan solat subuh". Ulang 3 kali.
ii) Saranan Diri mesti tepat dan ringkas.
iii) Elak guna perkataan AKAN, MENUJU, MUNGKIN, ATAU contohnya : "Aku akan cuba kemaskan bilik aku petang esok.
Elak guna perkatan negatif seperti TIDAK, JANGAN, TAK MAHU dll. contohnya: " Aku tak nak jadi pelajar malas lagi" Tukar kepada : "Mulai hari ini, aku rajin belajar"
iv) Amalkan : bangun tidur dengan senyuman dan sebelum tidur senyum dulu.
v) INGAT!!! Saranan Diri mesti diamalkan sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Paling elok selama 40 hari berturut-turut. Insya Allah, selepas itu, Saranan Diri sudah menjadi TABIAT , SEBATI DALAM DIRI dan menjadi KEBIASAAN.
KESANNYA :
1. Anda sentiasa CERIA, BERFIKIRAN POSITIF dan KREATIF
2. Anda ada ramai kawan, kurang musuh.
3. Masalah boleh diselesaikan dengan segera dan tidak menyusahkan orang lain.
4. Anda mempunyai karisma dan pengaruh yang kuat.
5. Anda mempunyai AURA yang positif dan menyebarkan gelombang yang positif.
# Ingatlah, anda kena berazam sungguh-sungguh untuk menjadi lebih baik daripada hari ini dan semalam. Hidayah dan bantuan Allah SWT akan bersama anda jika ikhlas melakukannya. Lakaukan setiap amalan semata-mata kerana Allah dan untuk mendapat REDHA ALLAH.
Wassalam.

bekas simenfero untuk cenderahati
tahniah kepada group Tingkatan 5 yg telah berjaya menyiapkan 3 buah bekas simenfero dan ditanam dengan kaktus pelbagai jenis pagi tadi. Uniknya bekas ini menggunakan mortar sekam padi bakar sebagai menggantikan pasir. Hasilnya, produk menjadi lebih ringan.
Syabas!!!
Syabas!!!
pancuran damai mpv
syukur, bahagian pagar simenfero di hadapan pintu masuk bengkel/nurseri telahpun siap. Syabas dan tahniah kepada kelas 4 Rajin. Sekarang bahagian kolam dan pancuran akan disiapkan oleh kelas 4 ikhlas. Diharap semua pelajar mpv landskap dapat kemahiran yg diberikan.
Ingat ya, asas simenfero sama sahaja iaitu rangka besi/dawai. Lepas tu lepaan mortar. Kemudian kemasan cat dan pengilat.
Kemahiran melorek dan mengecat tidak dapat dimahiri dalam masa sekejap. Perlu ulangan dan percubaan demi percubaan. Cuba dengan idea baru sebab, simenfero perlukan kreativiti.
Selamat mencuba.

Sabtu, 26 Julai 2008
TEAM KOMPANG
Buat peringatan pemain-pemain kompang. Ada dua acara penting iaitu:
i) majlis anugerah cemerlang : 9 Ogos 2008, jam 1.30 petang di dewan seri.
ii) majlis perkahwinan anak Pn Naimon: 16 Ogos 2008, jam 12.00 tgh hari di Tmn Universiti Indah.
Latihan pemantapan akan bermula minggu hadapan.

salam ukhuwwah.
Al-hamdulillah, hari ini baru nak belajar-belajar buat blog, khas bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman pengajaran dan pembelajaran dalam bidang landskap.
Langgan:
Catatan (Atom)