Khamis, 28 Januari 2010
wajah ceria pelajar baru
Sabtu, 9 Januari 2010
KITA BERTANYA,QURAN MENJAWAB
Selamat datang kepada pelajar-pelajar baru SMKSS terutamanya pelajar Tingkatan 4 Ikhlas dan 4 Rajin yang dipilih untuk memasuki kelas MPV.
Seringkali kita diminta untuk membuat pilihan. Di dunia ini kita tidak boleh dapat semuanya. Apabila kita memilih sesuatu perkara, ada perkara lain yang perlu dilepaskan.
KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT PERKARA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB: Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (QS: Al-Baqarah:216)
Oleh itu, bersyukurlah dengan apa yang ada. Hikmah kejadian sesuatu perkara mungkin tidak kita fahami pada hari ini. mungkin esok lusa atau mungkin tahun2 mendatang baru kita faham. Semua perkara yang berlaku bukanlah hanya kebetulan. Semuanya telah ditakdirkan oleh Allah SWT. Kita hanya mampu merancang, berdoa dan bertawakkal. Allah jualah yang menentukannya.
Jumaat, 1 Januari 2010
KAEDAH BELAJAR
1. Contohi orang lain yang berjaya.
2. Berbincang dan dengar pendapat orang yang mengetahui.
3. Muhasabah diri sebelum tidur untuk memajukan diri.
4. Mengkaji dan merancang secara sistematik untuk berjaya.
5. Bertindak!!! Cita-cita dan impian perlukan tindakan. Lakukan bersungguh-sungguh dan yakin petunjuk daripada Allah.

Cuitan rasa Mencapai Kejayaan
Buat semua anak-anak didikku...
1. Jadilah mukmin yang kuat dan lakukan sesuatu yang memberi manfaat kepada dunia dan isinya dengan usaha yang bersunguh-sungguh.
2. Kaedah belajar yang terbaik ialah mempraktikkan apa yang telah diketahui kemudian mengajar pula orang lain ilmu tersebut.
3. Menuntut ilmu merupakan satu tugas yang amat penting. Ilmu yang bermanfaat tidak merugikan malah menguntungkan.

SELAMAT TAHUN BARU
Hari ini merupakan hari pertama tahun baru 2010 Masihi bersamaan 15 Muharam 1431 Hijriah. Ini bermakna kita semakin menginjak dewasa dan sepatutnya menjadi bertambah matang. Bagi yang telah menghadapi SPM 2009, semoga memperolehi keputusan yang cemerlang nanti. Buat masa ini, isilah masa dengan kerja-kerja yang berfaedah.
Kepada pelajar 5 Ikhlas 2010, banyak lagi pentaksiran yang bakal mendatang. Harap sentiasa bersedia.
Kepada bakal pelajar MPV tingkatan 4, hari Isnin 4 Januari kelas kita dah bermula.
jeng! jeng! jeng! Jumpa di kelas nanti.

Langgan:
Catatan (Atom)