Khamis, 13 November 2008
SELAMAT BERCUTI
Kepada semua pelajar SMKSS terutamanya pelajar MPV, saya ucapkan SELAMAT BERCUTI!!!
ISILAH MASA CUTI INI DENGAN PERKARA-PERKARA YANG BERFAEDAH DAN MENDATANGKAN MANFAAT KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN.
JANGAN SEKALI-KALI MEMBUAT PERKARA YG MENYUSAHKAN DIRI DAN ORANG LAIN TERUTAMANYA IBU BAPA ANDA.
JAGA DIRI BAIK-BAIK, ELAKKAN TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN.
JIKA BEKERJA SAMBILAN, BEKERJALAH DENGAN PENUH DEDIKASI, JUJUR DAN IKHLAS.
JIKA ADA PELUANG, TOLONG IBU BAPA DAN ADIK BERADIK ANDA.
JUMPA LAGI DI TAHUN HADAPAN.... INSYA ALLAH.
Selasa, 11 November 2008
tetamu yang hadir
tetamu berkeluarga yang turut memeriahkan majlis ialah:
Cikgu Zaliha Kalil dan anak-anak (isteri dan anak-anak saya le tu),adik perempuan saya,
Suami, anak- anak dan ibu mertua Cikgu Norimah.
Cikgu Siti Murni, suami dan anak-anak,
Kak Noni , suami dan anak-anak.
terima kasih kerana membantu dan sudi hadir.
HARI KELUARGA LN
Alhamdulillah, Hari Keluarga MPV Landskap telah berjaya diadakan pada 9 nov 08 (Ahad) dari jam 8 - 12 tgh hari. Bila saya sampai je, pelajar ting. 4 dah mula menghidupkan api untuk memanggang ayam. Bagusss!!! Sukaneka yang dikendalikan oleh tingkatan 5 pun berjalan lancar. Walaupun basah terkena belon yang pecah tapi yang penting bergembira.Tahniah kepada pemenang.
Tahun ini, lebih ramai alumni yang hadir. Terima kasih kerana sudi datang. syukur....seronok betul mendengar cerita mereka yang terus menyambung pelajaran dan ramai juga yang telah bekerja. Insya Allah, saya akan buatkan maklumat terkini alumni pelajar mpv sejak 2003. Kepada yang tahu maklumat rakan-rakan, sila emel / respon kepada blog ini. Klik saja pada `ulasan' pada setiap akhir artikel yg saya tulis.
Mudah-mudahan majlis Hari Keluarga MPV Landskap ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
Isnin, 3 November 2008
respon trip ke pangkor
pukul 10 malam tadi saya menerima panggilan drpd Mr. ABU. mengikut maklumat beliau, cuma ada beberapa belas orang sahaja yang boleh ikut serta dalam trip ke pangkor.
nampak gayanya, kita tangguh dulu la ya program ni ke tahun depan...
nampak gayanya, kita tangguh dulu la ya program ni ke tahun depan...
pelancaran kelab tani
memori lawatan ke melaka
Langgan:
Catatan (Atom)