Hari ini, pelajar tingkatan 5 MPV telah selesai menduduki pep. percubaan SPM untuk subjek LN 7301/1.
Macam mana? senang tak? Pastinya bahagian A sangat mudah kan?
Untuk pelajar Ting. 4, lepas raya ni dah nak mula untuk pep. akhir tahun. So, jangan terlalu suka berhari raya. Apa yg biasa dilihat, pelajar-pelajar suka benar study di akhir waktu.. pagi2 nak exam baru sibuk tanya buku latihan/buku nota.
hmmm... cukup-cukuplah perangai lama tu. JOM berubah menjadi lebih baik.
Isnin, 22 September 2008
Eidul Fitri Menjelang Lagi
Selamat Menyambut Aidil Fitri...
Ramadhan tinggal seminggu. Adakah kita tidak sabar-sabar hendak meninggalkan Ramadhan?
Harap-harap Ramadan yang tinggal ini tidak melalaikan kita dengan kesibukan untuk berhari raya. Kenapa? sebab, Ramadan yang mulia dan penuh dengan kebaikan dan ganjaran melimpah ruah ini tidak pasti akan dapat kita lalui tahun hadapan.
Dan... Kegembiraan menyambut Syawal ini hanyalah layak untuk orang yang benar-benar berpuasa.
Renung-renungkan...

Sabtu, 13 September 2008
majlis berbuka puasa
Al-hamdulillah, petang semalam seramai 15 orang pelajar Tingkatan 4 LN telah bertandang kerumah saya di Taman Pinggiran Putra untuk bersama-sama berbuka puasa. Masing-masing datang dgn membawa juadah masing disamping menu tuan rumah: mee kari.
Majlis diteruskan dengan solat maghrib, isyak dan terawih secara berjamaah. Mudah-mudahan Allah SWT memperkukuhkan tautan kasih ukhuwwah islamiah.
Selamat meneruskan ibadah puasa.
Majlis diteruskan dengan solat maghrib, isyak dan terawih secara berjamaah. Mudah-mudahan Allah SWT memperkukuhkan tautan kasih ukhuwwah islamiah.
Selamat meneruskan ibadah puasa.
Langgan:
Catatan (Atom)